top of page

PUSAT LATIHAN KEMAHIRAN SRS SKILLS CENTRE

100 % PERATUS EKUITI BUMIPUTERA 

Pengenalan

Penubuhan SRS Skills Centre adalah sebagai menyahut seruan kerajaan bagi melahirkan tenaga mahir untuk menjana modal insan yang benar-benar mempunyai kemahiran dan kecekapan di dalam bidang yang diceburi seperti lapangan penyejukbekuan dan penyamanan udara dan juga pendawaian elektrik. 

SRS Skills Centre adalah sebuah Institut Latihan Kemahiran yang dimiliki 100 % bumiputra. Pada asasnya SRS (SEMARAK RAYA SERVICE) ini adalah sebuah Syarikat Kontraktor pemasangan dan baikpulih Penyaman Udara yang beroperasi dan Ibu Pejabat di TTDI Jaya Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

         

          Syarikat ini telah beroperasi lebih 15 tahun. Pada tahun 2010 atas dasar kekurangan Tenaga Kerja Mahir di dalam bidang berkenaan maka SRS (SEMARAK RAYA SERVICE) telah memberanikan diri mengorak langkah ke arah mewujudkan Pusat Latihan Berkemahiran yang berteraskan kemahiran. Maka dengan itu pada tahun 2010 buat pertama kalinya SRS Skills Centre telah memperolehi pertauliahan dari CIDB untuk menjalankan latihan berasaskan Kemahiran dalam bidang  Penyamanan Udara dan selama 2 tahun beroperasi di bawah CIDB, SRS Skills Centre telah mengeluarkan hampir 60 orang Tenaga Mahir dalam bidang berkenaan.

         

          Pada awal tahun 2010 atas dasar kouta yang terhad serta permintaan yang tinggi maka SRS Skills Centre berusaha untuk menjalankan latihan di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Pada pertengahan tahun 2010 SRS Skills Centre telah mendapat Pertauliahan dari Jabatan Pembangunan Kemahiran di bawah Kementerian Sumber Manusia bagi menjalankan Program Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1, Tahap 2 dan Tahap 3 yang mana program ini mendapat sambuatan yang amat mengalakkan dari golongan Belia (Program Sepenuh Masa) dan golongan Pekerja (Program Separuh Masa).

VISI 

SRS Skills Centre berazam untuk menjadi sebuah Pusat Latihan Kemahiran yang CEMERLANG, GEMILANG DAN BERMUTU TINGGI dalam mendidik dan melatih setiap pelatih.

MISI

  • Menjayakan kurikulum Sijil Kemahiran Malaysia (SKM )dan subjek yang berkaitan secara sepadu dengan menentukan tahap kepakaran tenaga pengajar dan pendidik yang tinggi serta memastikan suasana pembelajaran yang sentiasa kondusif.

  • Mengadakan program latihan kemahiran mengikut keperluan penaja untuk kelompok pelatih demi menjayakan cita-cita yang mereka kehendaki. 

  • Menyediakan staf sokongan yang cekap dan peralatan untuk bantuan mengajar yang mencukupi serta baik agar setiap program latihan dibuat mengikut Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK).

  • Menentukan pelatih-pelatih mendapat bimbingan dan latihan yang terbaik agar mereka berjaya di dalam bidang ini setelah menamatkan latihan.

  • Mengadakan latihan-latihan yang relevan untuk memantapkan lagi pelatih-pelatih disegi ilmu duniawi dan akhirat.

  • Membantu mendapatkan peluang pekerjaan di dalam bidang yang berkaitan bagi pelatih yang berprestasi tinggi.

OBJEKTIF

  • Peralatan dan keperluan mengajar disediakan serta memastikan ianya sentiasa di dalam keadaan baik dan terurus.

  • Menentukan pemasaran dan pengiklanan serta usaha-usaha lain dibuat secara agresif dan terus menerus agar jumlah pelatih sentiasa mencukupi untuk setiap pengambilan dan program.

  • Menjalin hubungan yang baik serta usahasama  dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) serta badan-badan kerajaan serta pertubuhan-pertubuhan lain untuk mendapatkan sokongan dan bantuan untuk mendapatkan pembiayaan kepada pelatih-pelatih yang sedia ada.

  • Menerapkan pengajian kerohanian ke dalam ko-kurikulum, latihan dan juga penganjuran aktiviti-aktiviti berunsurkan keagamaan dan kesosialan yang sihat dan baik.

  • Menjayakan aktiviti luar untuk latihan motivasi dan kepimpinan.

SRS SKILLS CENTRE

© 2017 by SRS SKILLS CENTRE

Proudly created with Wix.com

bottom of page